Monday, February 4, 2019

PERSEDIAAN SEBELUM TALAQQI


Ramai juga yang datang bertalaqqi dengan syeikh. Ada beberapa persediaan yang perlu ada sebelum anda ingin bertalaqqi dengan syeikh. Dengan bahasa lain, jika anda mahu syeikh meluangkan masa berharga beliau untuk anda. Anda perlu bantu syeikh sediakan beberapa perkara ini.

Ketika saya di Mesir, pernah juga syeikh yang tidak terima pelajar yang datang untuk talaqqi dengan syeikh. 

Antaranya adalah bacaan yang tidak melepasi tahap untuk talaqqi.


1.   Sekiranya tidak mampu membaca alQuran secara tajwid dengan baik, syeikh akan mencadangkan untuk belajar betulkan bacaan terlebih dahulu. 

2.     Bersedia untuk menepati masa. Sekiranya sudah buat oersetujuan dengan syeikh untuk bertalaqqi waktu subuh pukul 9.00 maka perlu datang lebih awal. Ia akan memudahkan urusan kerana ramai juga orang lain yang hendak bertalqqi.

3.     Bersedia untuk ditegur bacaan oleh syeikh. Lapangkan hati dan tenang sahaja.

4.     Selalu mendoakan dan mohon doa juga dari syeikh agar diberi kemudahan dan keberkatan.

5.     Maklum pada syeikh untuk talaqqi samaada secara bersanad ataupun tidak.

6.     Mereka yang ada orogram talaqqi selama dua minggu atau sebulan biasanya perlu membaca banyak, jadi perlu jaga kesihatan dan kesegaran sepanjang waktu.

7.     Ada ketika syeikh datang dalam keadaan belum minum, bilehla tanya sekiranya syeikh ada nak makan apa atau minum apa. 
Ini adalah sebahagian sahaja apa yang perlu disediakan. Yang lain anda akan faham. Guru juga ada pelbagai. Kita sebagai murid perlu menerima pembawaan syeikh dengan catatan apa sahaja kekurangan yang kita rasa ada, kita diamkan sahaja.






Friday, January 4, 2019

KEMBARA BUMI MESIR : NAMA SAYA MUHAMMAD

Ketika di Mesir sejak tahun 1 hingga tahun akhir, mengenali budaya arab. Bercakap dengan mereka. Makan makanan mereka. Belajar bercakap dan bergurau bersama mereka. Ada satu sahaja yang mereka tak tahu nama sebenar saya.


"Sape nama?" Tanya Arab ingin tahu.

saya menjawab, "Ismi Muhammad."

Ya saya kenalkan nama saya dengan nama Muhammad. Kenapa? Pertama mereka lebih mudah ingat. Yang kedua, nama Firdaos ini, biasa arab namakan untuk orang perempuan.



Jadi saya hanya kenalkan dengan Muhammad sahaja. Dan saya akan pastikan apabila orang sebut nama Muhammad saya akan perasan dan akan berpaling kepada mereka.



Dan satu hari pernah arab tu tanya kenapa nama pelajar Malaysia Muhammad? Semua bila tanya nama siapa mereka akan jawab Muhammad. 


Barulah saya tahu, kawan-kawan lain pun begitu juga. hehe. 

Tapi alasan mereka mengapa, itu saya tidak pasti.

Pernah saya kenalkan nama saya dengan Firdaos. Terkerut dahi arab tu. 

Jadi saya kasihan pada mereka. Eloklah saya kenalkan diri saya dengan nama Muhammad sahaja.


Untuk nama lain saya yakin tiada masalah. Contoh Rohman, Zul, Khairul, Aizuddin dan sebagainya.


Tapi kalau dengan Syeikh tempat saya belajar saya kenalkan diri dengan nama Firdaos. Untuk mereka tiada masalah kerana mereka sudah biasa dengan pelajar dari Malaysia dan Brunei.


Apa ada pada nama? Ia adalah doa.


Monday, December 31, 2018

KURSUS BAHASA ARAB

Sebelum perjalanan sambung belajar di Mesir diteruskan kami perlu ikuti kursus bahasa di bawah tajaan Yayasan Pahang.

Dan sebelum berkursus, perlu hadiri temuduga di Kolej IKIP Kuantan. Saya ingat lagi masa temuduga di IKIP 1 masa tu, ramai juga yang datang untuk dapatkan pinjaman bawah Yayasan Pahang. Salah satu kemudahan untuk sambung belajar di Universiti Al-Azhar Mesir.

Ada juga yang saja datang walaupun sebenarnya tidak ada niat untuk pergi. Saja datang meramaikan katanya. 


Dan alhamdulillah, saya antara 30 orang yang diberi peluang dipilih panel Yayasan Pahang untuk sambung belajar di Universiti Al-Azhar Mesir.

Namun begitu, ia hanyalah permulaan kerana untuk daftar belajar di sana kita perlu memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysisa (STAM) atau sijil yang diiktiraf oleh Al-Azhar sahaja.


Bagi Maahad Tahfiz yang bernaung bawah JAKIM, pihak al-Azhar akan menerima juga.


Mereka yang ada STAM akan sambung ke Fakulit Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. Kami akan sambung ke Maahad Qiraat. 


Pihak Yayasan mengambil berat akan pelajar di bawahnya oleh itu, kursus 6 bulan sebelum ke Mesir perlu dihadiri. 

Kami belajar beberapa subjek yang berkaitan. Fiqah, Bahasa dan sebagainya. Tenaga pengajarnya pula beberapa orang ustaz dan ustazah termasuklah dua orang yang berasal dari Mesir.

Untuk diri saya ia adalah salah satu persediaan yang perlu terutama Bahasa Arab. 

Kami berada ditempatkan di Kolej IKIP 7 ketika itu. Satu rumah untuk perempuan dan satu lagi untuk lelaki. Ada juga pelajar yang akan sambung ke Jordan dan mereka bukan berada di bawah Yayasan Pahang.

Kelas bermula setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Kelebihan di sini, ada kolam renang jadi kami yang hobi bermain air ni selepas sahaja sesi kawad kaki setiap petang, akan ambil peluang berenang di sini.

Terapi minda sebelum berjuang di malam hari.

IKHLAS





Oleh itu, maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya (dan menjauhi syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). (Surah al-Mukmin :14)

Untuk dapat hasil apa-apa amalan satu perkara yang perlu kita pasak dalam hati kita adalah ikhlas. Kenapa ia penting? Kita tidak mahu ia nampak seperti ia amalan yang baik, tapi tidak diterima oleh Allah.


oleh itu, maka sembahlah kamu akan Allah denagn mengikhlaskan ibadat kepada-Nya (dan menjauhi syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai(amalan kamu yang demikian). Surah al-Mukmin : 14

Segala amalan kita dah kerah keringat, bermandi peluh rupa-rupanya ia tidak diterima oleh Allah. Penat bukan. Bayangkan amalan kita ditanyangkan di akhirat, tampak banyak tiba jadi debu sahaja. Semoga Allah pelihara amalan kita dan terima ia sebagai amalan yang baik juga disisinya.

Antara asas sesuatu perkara adalah ikhlas. Kerana ikhlas salah satu faktor menentukan samaada amalan itu diterima atau tidak. Walaupun ia perkara baik atau ibadah, tanpa keikhlasan yang tepat maka ibadah itu boleh jadi sia-sia. 

Ia akan nampak murni pada pandangan mata kita dan umum tetapi ia akan menjadi abu dan debu apabila dibawa di akhirat nanti.

Itulah pesan Allah subhanahu wataala di dalam alquran,


(وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا (23


Surah al-Furqan ayat 23.


Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

 Semoga ia ebook ini menjadi satu amalan yang diterima oleh Allah subahanahu wataala. 

Bagaimana nak buat hati kita jadi ikhlas? 

1. Doa.

Pertama doa. Mohon agar Allah sentiasa menjadikan kita amalan kita adalah satu yang ikhlas hanya mengharap redha Allah.

2- Tingkatkan Iman Kita Kepada Allah. 

Dengan meningkatnya iman kita kepada Allah, maka kita akan lebih beramal keranya. Bagaimana mungkin kita nak ikhlas jika kita tidak tahu untuk siapa dan kenapa kita lakukan ini keranaNya.

Dengan kenal Allah, kita akan rasa kasih kepadaNya dan suka untuk melakukan sesuatu amalan kerana Dia. 

Seorang ayah yang sayang pada anaknya, sudah tentu gembira memberi sesuatu pada anaknya. Walaupun satu kucupan. Bahkan ia merasa sangat nikmat sekali walaupun ia hanyalah satu kucupan. 

Sebab itu beza nilai amalan satu tasbih dengan sepuluh tasbih bila dimasukkan unsur ikhlas itu.

3- Tawakkal Kepada Allah.

Kita serahkan segalanya kepada Allah. Kita telah usaha, yang penting Allah yang tentukan. Ya Allah inilah amalanku aku serahkan kepadaMu ya Allah.