Friday, January 4, 2019

KEMBARA BUMI MESIR : NAMA SAYA MUHAMMAD

Ketika di Mesir sejak tahun 1 hingga tahun akhir, mengenali budaya arab. Bercakap dengan mereka. Makan makanan mereka. Belajar bercakap dan bergurau bersama mereka. Ada satu sahaja yang mereka tak tahu nama sebenar saya.


"Sape nama?" Tanya Arab ingin tahu.

saya menjawab, "Ismi Muhammad."

Ya saya kenalkan nama saya dengan nama Muhammad. Kenapa? Pertama mereka lebih mudah ingat. Yang kedua, nama Firdaos ini, biasa arab namakan untuk orang perempuan.



Jadi saya hanya kenalkan dengan Muhammad sahaja. Dan saya akan pastikan apabila orang sebut nama Muhammad saya akan perasan dan akan berpaling kepada mereka.



Dan satu hari pernah arab tu tanya kenapa nama pelajar Malaysia Muhammad? Semua bila tanya nama siapa mereka akan jawab Muhammad. 


Barulah saya tahu, kawan-kawan lain pun begitu juga. hehe. 

Tapi alasan mereka mengapa, itu saya tidak pasti.

Pernah saya kenalkan nama saya dengan Firdaos. Terkerut dahi arab tu. 

Jadi saya kasihan pada mereka. Eloklah saya kenalkan diri saya dengan nama Muhammad sahaja.


Untuk nama lain saya yakin tiada masalah. Contoh Rohman, Zul, Khairul, Aizuddin dan sebagainya.


Tapi kalau dengan Syeikh tempat saya belajar saya kenalkan diri dengan nama Firdaos. Untuk mereka tiada masalah kerana mereka sudah biasa dengan pelajar dari Malaysia dan Brunei.


Apa ada pada nama? Ia adalah doa.