Ramai
juga yang datang bertalaqqi dengan syeikh. Ada beberapa persediaan yang perlu
ada sebelum anda ingin bertalaqqi dengan syeikh. Dengan bahasa lain, jika anda
mahu syeikh meluangkan masa berharga beliau untuk anda. Anda perlu bantu syeikh
sediakan beberapa perkara ini.
Ketika
saya di Mesir, pernah juga syeikh yang tidak terima pelajar yang datang untuk
talaqqi dengan syeikh.
Antaranya adalah bacaan yang tidak melepasi tahap untuk talaqqi.
1. Sekiranya tidak mampu membaca alQuran secara tajwid dengan baik,
syeikh akan mencadangkan untuk belajar betulkan bacaan terlebih dahulu.
2. Bersedia untuk menepati masa. Sekiranya sudah buat oersetujuan
dengan syeikh untuk bertalaqqi waktu subuh pukul 9.00 maka perlu datang lebih
awal. Ia akan memudahkan urusan kerana ramai juga orang lain yang hendak
bertalqqi.
3. Bersedia untuk ditegur bacaan oleh syeikh. Lapangkan hati dan
tenang sahaja.
4. Selalu mendoakan dan mohon doa juga dari syeikh agar diberi
kemudahan dan keberkatan.
5. Maklum pada syeikh untuk talaqqi samaada secara bersanad ataupun
tidak.
6. Mereka yang ada orogram talaqqi selama dua minggu atau sebulan
biasanya perlu membaca banyak, jadi perlu jaga kesihatan dan kesegaran
sepanjang waktu.
7. Ada ketika syeikh datang dalam keadaan belum minum, bilehla tanya
sekiranya syeikh ada nak makan apa atau minum apa.
Ini adalah sebahagian sahaja apa yang perlu disediakan. Yang lain
anda akan faham. Guru juga ada pelbagai. Kita sebagai murid perlu menerima
pembawaan syeikh dengan catatan apa sahaja kekurangan yang kita rasa ada, kita
diamkan sahaja.